Sains Aktuari

2/06/2014 04:48:00 PM
Lagi 3 bulan daripada sekarang saya akan menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor. Mesti ramai students matrik yang pening kepala kan nak amik kos apa untuk sambung ke degree.. Sama lah macam saya, naik botak kepala memikirkannya. Kalau salah pilih nanti, merana hidup masa depan nanti. Jadi saya google punya google punya google, tertarik sangat dengan bidang ni, iaitu SAINS AKTUARI. Ada keunikan nya di sini. Meh saya kenalkan dengan bidang nie.

PENGENALAN SAINS AKTUARI

Sains Aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Seorang aktuari dapat mengira risiko masa depan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen. Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.

BIDANG PEKERJAAN YANG TERLIBAT DENGAN SAINS AKTUARI

  • Perancangan Strategik
  • Risiko Persekitaran
  • Demografi
  • Peramalan Cuaca
  • Insurans Kesihatan
  • Pengurusan Harta Benda dan Dana
  • Firma Undang-Undang

SESEORANG YANG INGIN MENJADI SEORANG AKTUARI :

  • Pelajar yang baik dalam matematik
  • Seorang yang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu , yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit. 
  • Seorang yang gemar permainan startegik seperti catur dan permainan komputer yang mencabar
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik

SYARAT KEMASUKAN:

Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah
  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


MODUL SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS AKTUARI) 
 
SEMESTER
KOD &
KURSUS
1
TQP 1513

TQM 1113

TQS 1113

TQP 1013
ASAS EKONOMI I (pelengkap)

KALKULUS I

STATISTIK I

PENGATURCARAAN KOMPUTER
        2
STQP 1523

STQM 1123

STQM 1223

STQS 1123
ASAS EKONOMI II (pelengkap)


KALKULUS II


ALJABAR  LINEAR


STATISTIK II

   

3
STQA 2133

STQP 2533

STQP 2033

STQS 2433
TEORI FAEDAH


PRINSIP PERAKAUNAN DAN KEWANGAN


KAEDAH BERANGKA


KAEDAH STATISTIK   

   

4
STQA 2143 

STQA 2543

STQP 2043
 MATEMATIK AKTUARI I


ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO I

KAEDAH PENGOPTIMUMAN (pelengkap)

   

5
STQA 3153

STQA 3253

STQA 3553
MATEMATIK AKTUARI II


 MODEL KEMANDIRIAN


ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO II

       

6
STQA 3163

STQA 3263

STQA 3993

STQP 3063
TEORI RISIKO


PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERAKTUARI

KAJIAN ILMIAH  


SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS MATEMATIK

Sumber :





11 Things About Me

5/22/2013 12:42:00 AM
SOALAN DARI SHADIRA


1. Panggilan manja u all dekat rumah apa?
    -Adik , kudut 

2. Korang asal mana?

    -Johor 

3. Belajar dekat mana?

    -Matrik Tangkak

4. Prinsip hidup korang?

    -Errrr.... hee...

5. Boleh bagi tips kat shad tak untuk maintain UV 1k sehari? 

    -Em sory yee shad, saya tak femes, so tak tahu.. hee

6. Korang blogging sebab apa ya?

    -Untuk hiburan..

7. Kalau diberi peluang, destinasi manakah yang korang pilih untuk pergi melancong?
    -Mekah, boleh buat umrah atau haji

8. Definisi anda tentang CINTA?

    -Tak tahu lah.. hee

9. Nyatakan tiga perkara yang akan membuatkan anda happy.

    -Dapat tengok mak dan ayah bangga..
    -Dapat gather sama2 dengan family
    -Berjaya dalam hidup

10. Benda(things) yang korang paling sayang? (Cth: Iphone ke, dslr ke).

     -Tv

11. Apa pendapat korang tentang blog Shad? Sila komen. Serious takan marah.

     -Saya suka sangat purple... ^_^


SOALAN KEPADA MANGSA TAG SAYA :

  1. Pernah korek hidung senyap2 selepas itu selet di dinding bilik air??
  2. Adakah anda mase kecik2 dulu mempunyai bantal busuk?? atau masih ada sehingga sekarang..
  3. Pernah kentut senyap2 tak??
  4. Ngumpat kawan baik sendiri??
  5. Pernah sakat2 orang or membe??
  6. Kalau pernah, apa yang di sakat...?
  7. Suke gigit kuku...??
  8. Twitter, facebook, ke bloging?? paleng kerap duduk depan lappy
  9. Kenangan pahit dan kenangan manis yang tak dapat di lupakan. ?
  10. Boleh tolong tekan nie sekali je KLIK
  11. Terima kasih kalau klik.. Awak marah tak dengan soalan saya? gurau-gurau aje nie...



MANGSA TAG : 





Happy Birthday To Me

5/06/2013 08:46:00 PM
Hai . Tanggal 3/5 maka jatuhlah hari lahir aku yang ke 18 tahun.. Dah tua dah aku nie rupanya.. :D. Alhamdulillah, dah 18 tahun aku hidup di bumi ALLAH S.W.T ini. Sempena hari jadi aku , aku dan kawan-kawan telah menselebratenya di Marrybrown. hee, to je yang mampu, nak pergi yang mahal-mahal, tak ada duit. maklumlah., penganggur terhormat lah katakan.. Biasalah, aku pergi dengan dua rakan aku iaitu izah dan didie. Diorang je kawan yang aku ada nak pergi bersama-sama.. Malas nak tulis, jom je lah tengok gambar .. hee

Abaikan abang MB yang kat belakang tuh. tengah betulkan baju .. bhaha!!

okey , nie didie. suke penuhkan gamba dye kat handfon izah.. hu~

Gamba izah tak ada masa dekat MB. Dia memang segan-segan nak amik gamba. huu. Lepas kitaorang celebrate kat MB . Budak dua orang to dah rancang pulak nak kenekan aku. Pukul 3 didi amik aku dekat rumah. Sebelum itu, izah ada telefon suruh pakai baju putih lengan panjang. Aneh betul budak nie suruh aku baju lengan panjang dan warna putih bagai ni. mesti ada apa-apa nie. So, aku layan je lah kan, tanpa mengesyaki apa-apa. Selepas itu ,apa lagi terus lah diorang baling belon yang diorang dah isi dengan pewarna makanan agaknye. Habeh baju aku wane putih terus jadi wane hijau.. Hampeh.. dah baling belon, di baling lagi dengan tepung. Dah nak jadi cengkodok pulak aku rasa. Last sekali diorang baling gune 10 biji telur. Makk aii , cam tanak banyak pulak kan.. Dah memang jadi cengkodok aku rasa.. haha..

Belon , aku akan merindui kau nanti.. muahah


Auchh! abaikan muke kuh yang annoying ya amat too.. Terpakse kembangkan hidung , sengetkan mulut dan julingkan mata sebab nak menahan bau hanyir telur yang bercampur dengan tepung dengan aer pewarna... hahah...  Last-last, inilah hasilnya... bahaha!!.. 


P/S: Hari jadi korang nanti aku pekene hebat-hebat... muahahah!!!


CEPAT KLIK SINI !!