Sains Aktuari

2/06/2014 04:48:00 PM
Lagi 3 bulan daripada sekarang saya akan menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Johor. Mesti ramai students matrik yang pening kepala kan nak amik kos apa untuk sambung ke degree.. Sama lah macam saya, naik botak kepala memikirkannya. Kalau salah pilih nanti, merana hidup masa depan nanti. Jadi saya google punya google punya google, tertarik sangat dengan bidang ni, iaitu SAINS AKTUARI. Ada keunikan nya di sini. Meh saya kenalkan dengan bidang nie.

PENGENALAN SAINS AKTUARI

Sains Aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Seorang aktuari dapat mengira risiko masa depan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen. Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat.

BIDANG PEKERJAAN YANG TERLIBAT DENGAN SAINS AKTUARI

  • Perancangan Strategik
  • Risiko Persekitaran
  • Demografi
  • Peramalan Cuaca
  • Insurans Kesihatan
  • Pengurusan Harta Benda dan Dana
  • Firma Undang-Undang

SESEORANG YANG INGIN MENJADI SEORANG AKTUARI :

  • Pelajar yang baik dalam matematik
  • Seorang yang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu , yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit. 
  • Seorang yang gemar permainan startegik seperti catur dan permainan komputer yang mencabar
  • Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik

SYARAT KEMASUKAN:

Calon-calon yang ingin mengkhusus dalam program Matematik, Statistik atau Sains Aktuari mestilah
  1. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Matrikulasi KPM, atau
  2. lulus dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran Sains dengan mendapat sekurang-kurangnya gred E di peringkat STPM, atau
  3. lulus sekurang-kurangnya gred C dalam kursus Matematik dan dua kursus yang lain di peringkat Diploma.


MODUL SARJANA MUDA SAINS DENGAN KEPUJIAN ( SAINS AKTUARI) 
 
SEMESTER
KOD &
KURSUS
1
TQP 1513

TQM 1113

TQS 1113

TQP 1013
ASAS EKONOMI I (pelengkap)

KALKULUS I

STATISTIK I

PENGATURCARAAN KOMPUTER
        2
STQP 1523

STQM 1123

STQM 1223

STQS 1123
ASAS EKONOMI II (pelengkap)


KALKULUS II


ALJABAR  LINEAR


STATISTIK II

   

3
STQA 2133

STQP 2533

STQP 2033

STQS 2433
TEORI FAEDAH


PRINSIP PERAKAUNAN DAN KEWANGAN


KAEDAH BERANGKA


KAEDAH STATISTIK   

   

4
STQA 2143 

STQA 2543

STQP 2043
 MATEMATIK AKTUARI I


ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO I

KAEDAH PENGOPTIMUMAN (pelengkap)

   

5
STQA 3153

STQA 3253

STQA 3553
MATEMATIK AKTUARI II


 MODEL KEMANDIRIAN


ANALISIS PELABURAN & PENGURUSAN PORTFOLIO II

       

6
STQA 3163

STQA 3263

STQA 3993

STQP 3063
TEORI RISIKO


PENGAWALAN DAN PENGURUSAN BERAKTUARI

KAJIAN ILMIAH  


SEJARAH DAN FALSAFAH SAINS MATEMATIK

Sumber :





3 comments:

CikPelangiSenja™ said...

sains aktuari antara kos femes masa degree :)

btw, apepun yang kita belajar, jangan lupa selitkan islamnya.

jadilah ahli aktuari yang islamic ;)

gud luck ^^v

eCha said...

@CikPelangiSenja™ insyaallah akak.. terima kasih atas nasihatnya.. :D

sal ya said...

Dpt sebilik dgn budak sains aktuari.